Kerjasama UMNO-Warisan: Bung Moktar digesa berundur

Zulkarnain ketika ditemui pemberita dalam sidang akhbar di pekarangan Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu.
Zulkarnain ketika ditemui pemberita dalam sidang akhbar di pekarangan Balai Polis Karamunsing Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin digesa supaya berundur daripada memimpin UMNO Sabah sekiranya masih mahu meneruskan hasratnya untuk bekerjasama dengan Parti Warisan (Warisan).

Pengerusi Gerakan Kuasa Malaysia (G57), Datuk Zulkaranin Mahdar berkata, sebagai aktivis politik, beliau kecewa dengan UMNO yang mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Warisan.

"Saya agak kecewa dengan UMNO kerana mereka mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan parti yang banyak menimbulkan masalah sebelum ini.

"Apa yang kita buat sekarang hanya pasrah dan berdoa supaya Bung Moktar dapat ditukar lah demi kepimpinan UMNO.

"Mereka cuba nafikan tetapi sudah tentu sekarang UMNO terbentuk kepada dua kumpulan dan sudah tentu kita berada di kumpulan yang menentang Bung Moktar dan Mohd Shafie (Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)," katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Balai Polis Karamunsing, di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan kartel dadah yang ditahan di Sabah mempunyai hubungan dengan salah seorang pemimpin Warisan.

Mengulas lanjut, Zulkaranin turut mendakwa banyak kelemahan Warisan ketika memimpin kerajaan Sabah.

"Kita tidak tahu bagaimana Bung Moktar mahu bekerjasama dengan pimpinan Warisan. Kalau beliau masih mahu meneruskan niatnya itu, saya fikir jentera kita sudah bersedia untuk melawan parti itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai kartel dadah yang ditangkap polis baru-baru ini, ia dilihat mencemarkan nama baik badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

"Begitu juga imej negeri Sabah tidak baik di seluruh negara. Bagaimanapun, kita mengucapkan tahniah kepada pihak polis secara diam-diam mereka bekerjasama baik dengan pihak berkaitan untuk menahan suspek," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!