Tanaman abang bomba mula dituai, beri manfaat pada anggota
BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024
Selain pantas dalam operasi memadam kebakaran, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Kedah juga mempunyai kemahiran dalam projek pertanian bandar apabila tanaman diusahakan sejak tahun lalu sudah mula dapat dinikmati oleh mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.
Projek yang diusahakan di tanah seluas 0.5 hektar di belakang balai itu kini telah dituai dan dijual kepada anggota balai dan jika ada lebihan pula akan dijual kepada rakan-rakan mereka.
Menurut Ketua BBP Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah, projek pertanian berkenaan dilakukan untuk memberikan ruang kepada anggota yang sudah berusia dan tidak mampu menyertai aktiviti bersukan bersama anggota lain.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com