KPKT tidak pernah keluar lesen niaga kepada warga asing
04 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak pernah mengeluarkan lesen kepada warga asing untuk mereka menjalankan perniagaan termasuk membuka gerai.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan tegas terhadap semua perniagaan dikendalikan secara haram oleh warga asing tanpa izin.
Kata beliau, PBT telah melaksanakan 1,539 operasi penguatkuasaan terhadap premis perniagaan melibatkan warga asing bagi tahun 2022 sehingga 31 Oktober tahun lalu.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #KPKT #WargaAsing