Pukul isteri kerana hendak surat nikah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

AMPANG - Perselisihan faham untuk mendapatkan surat nikah menjadi punca seorang wanita dipukul suaminya dalam kejadian di Taman Bukit Teratai di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, laporan diterima pihaknya pada 27 Disember kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, suspek dikatakan telah bertindak memukul isterinya berusia 22 tahun menggunakan tangan sehingga mengalami kecederaan di kaki, tangan dan muka.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan suspek kira-kira jam 12.15 tengah hari pada Selasa lalu di Taman Bukit Teratai, Ampang.

"Suspek yang negatif dadah itu didapati memiliki satu rekod lampau kes dadah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, suspek berusia 23 tahun itu telah direman empat hari sehingga Sabtu ini untuk siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya, pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa-apa perbuatan keganasan terhadap rumah tangga.

Artikel Berkaitan: