Seorang maut tanah runtuh kuari
KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut tertimbus dalam tanah runtuh di kawasan kuari di Jalan SP 2, Bandar Saujana Putra di sini, pada Khamis.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 petang.
"Kejadian itu mengakibatkan dua lelaki tertimbus di mana seorang mangsa yang masih hidup berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang awam," katanya pada Khamis.
Tambahnya, mangsa kedua yang telah meninggal dunia berjaya dijumpai dan dibawa keluar oleh pihak bomba pada jam 6.42 petang.
Ujar beliau, kedua-dua mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran untuk tindakan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!