Remaja lelaki meninggal dunia selepas impian ditunaikan

Irfan (tengah) bersama Soloz dan Daddy Hood yang berkunjung ke rumahnya. Foto Facebook CWS
Irfan (tengah) bersama Soloz dan Daddy Hood yang berkunjung ke rumahnya. Foto Facebook CWS
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Impian pesakit tuberkulosis usus meninggal dunia selepas bertemu pemain e-Sports, Soloz atau Fariz Zakaria dan Daddy Hood atau Nureddy Nursal akhirnya tercapai.

Hasrat tersebut dipenuhi oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh apabila mengetahui keadaan kesihatan Muhammad lrfan Aizad Ishak, 17, yang semakin merosot.

Muhammad lrfan Aizad disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam pada Khamis selepas hampir empat jam hasratnya tercapai.

Ibu kepada remaja berkenaan dalam hantaran di Facebook Children Wish Society Malaysia (CWS) berkata, Irfan yang baharu pulang dari hospital menerima kejutan apabila kedua-dua idola itu melakukan kunjungan ke rumahnya pada jam 3.30 petang.

Pertemuan selama lebih setengah jam itu turut diisi dengan sesi perkongsian dan petua permainan e-Sports.

“Dia berada di hospital selama dua bulan, namun tidak pernah tersenyum tetapi hari ini dia tersenyum.

“Irfan sebelum ini pernah terlibat dalam permainan dalam talian apabila kesihatannya dalam keadaan baik,” katanya.

Sementara itu, Presiden persatuan tersebut, Teoh Teik Hong berkata, respons yang diterima oleh Hannah dan dua pemain e-Sports tersebut memberi sinar kepada remaja itu.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, mereka sangat bertuah dapat melihat wajah gembira dan senyuman Irfan kembali bersinar.

"Kami berterima kasih kepada Hannah, Med, Soloz, Daddy Hood kerana membalas hasrat Irfan dengan begitu pantas.

"Ini benar-benar dalam semangat menjadi rakyat Malaysia dan kami bertuah kerana menjadi penerima senyuman Irfan hari ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!