Kongres Ekonomi Bumiputera Februari depan

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalan menteri, Datuk Rubiah Wang (depan kanan) melafazkan Ikrar Rukun Negara bersama warga kerja kementeriannya semasa majlis Amanat Tahun 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Jumaat. Foto Bernama
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalan menteri, Datuk Rubiah Wang (depan kanan) melafazkan Ikrar Rukun Negara bersama warga kerja kementeriannya semasa majlis Amanat Tahun 2024 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Februari depan bakal menumpukan 10 kluster utama termasuk reformasi pendidikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kongres yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya juga menyaksikan satu resolusi akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kongres ini akan berkongsi usaha baharu memperkasa Bumiputera mencakupi perkara berkaitan teknologi baharu serta pelan futuristik untuk generasi akan datang," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyampaikan amanat tahun baharu Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), di sini pada Jumaat.

Menurutnya, KKDW dan Kementerian Ekonomi sebagai pengerusi bersama telah melantik pengerusi bagi setiap kluster bagi menjayakan KEB tersebut.

“Perancangan tentunya bukan hanya mewujudkan resolusi tetapi ditinggalkan di atas kertas namun sekretariat akan memantau pelaksanaan resolusi untuk setiap kluster dibentuk,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran KEB terdahulu telah menunjukkan keberkesanan antaranya penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pihak Berkuasa Pekebun Kecil dan Perusahaan Getah (Risda) yang dilihat memainkan peranan besar dalam membantu ekonomi Bumiputera.

“KEB melibatkan semua golongan profesional, ahli akademik dan pemain dalam industri yang terlibat dalam setiap kluster diwujudkan.

"Kita akan lihat komitmen Kerajaan Madani dalam laksanakan agenda Bumiputera menerusi (KEB),” katanya.

Artikel Berkaitan:

KEB telah dianjurkan sebanyak tiga kali sejak kali pertama pada tahun 1965.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!