Ratusan monyet mati akibat bunga api tahun baru

Kebakaran di sangkar yang menempatkan monyet pelbagai spesies menyebabkan kesemua haiwan tersebut mati.
Kebakaran di sangkar yang menempatkan monyet pelbagai spesies menyebabkan kesemua haiwan tersebut mati.
A
A
A

KREFELD - Ratusan monyet pelbagai spesies mati dalam kebakaran yang berlaku di sebuah zoo di Krefeld, Jerman di sini pada malam sambutan tahun baru semalam.

Krefeld Zoo dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya sedih kerana sangkar yang menempatkan kesemua spesies monyet di dalam zoo berkenaan ditemui mati, lapor Daily Star yang memetik sumber.

Menurutnya, pihak berkuasa masih lagi menyiasat punca kebakaran namun dipercayai kebakaran berlaku disebabkan percikan bunga api.

"Perkara paling ditakuti kini sudah pun menjadi realiti.

"Kami berterima kasih kerana banyak bantuan diberikan oleh orang awam cuma kami masih terkejut dengan kejadian yang menimpa.

"Kami tidak dapat mengatakan dengan tepat di mana bantuan yang sepatutnya kami perlukan kerana kami masih buntu," katanya dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook mereka.

Punca kebakaran zoo tersebut masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.
Punca kebakaran zoo tersebut masih lagi disiasat oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Persatuan Kebajikan Haiwan Jerman, James Bruckner berkata, jika bunga api adalah punca kebakaran ia membuktikan kesan buruk mampu terjadi jika penggunaan bunga api tidak terkawal.

Artikel Berkaitan:

"Sepatutnya mereka mengetahui adanya zoo dan binatang di sekitar mereka dan sememangnya sudah ada desakan untuk melarang sambutan bunga api dilakukan oleh pihak persendirian.

"Kalau tidak mereka ini tidak akan menghormati binatang sama ada di zoo atau di ladang dan kita mengharapkan untuk mendapatkan penjelasan daripada semua pihak yang terlibat mengenai tragedi yang berlaku," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!