Beri alasan singgah 'sat', tujuh remaja ditahan berkhalwat

Tujuh remaja membabitkan tiga lelaki dan empat wanita ditahan kerana disyaki berkhalwat. Foto Pejabat Agama
Tujuh remaja membabitkan tiga lelaki dan empat wanita ditahan kerana disyaki berkhalwat. Foto Pejabat Agama
A
A
A

KULIM - Beri alasan tumpang sekejap di rumah rakan, tiga pasang kekasih dan seorang lagi remaja perempuan ditahan dalam serbuan dilakukan penguat kuasa agama di sebuah taman perumahan di sini, pagi Jumaat.

Terdahulu, kesemua mereka dikatakan keluar menghabiskan masa bersama di Pulau Pinang, sehingga lewat malam sebelum dipercayai singgah berehat di rumah rakan tersebut di Kulim, Kedah.

Antara remaja yang ditahan dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah dekat Kulim, Kedah. Foto Pejabat Agama
Antara remaja yang ditahan dalam serbuan dilakukan di sebuah rumah dekat Kulim, Kedah. Foto Pejabat Agama

Bagaimanapun, rakan terbabit iaitu penyewa rumah berkenaan terpaksa keluar bekerja dan meninggalkan kekasihnya seketika bersama pasangan lain di rumah tersebut.

Sementara itu, Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pada jam 11.10 pagi, penguat kuasa agama dibantu ahli jawatan kuasa surau telah membuat pemeriksaan di lokasi kejadian hasil aduan awam.

Menurutnya, tiga pasangan kekasih berada dalam tiga bilik berasingan manakala seorang remaja perempuan dipercayai tidur di ruang tamu rumah terbabit.

Kesemua mereka ditahan selepas pemeriksaan dilakukan pada 11.10 pagi Jumaat di sebuah rumah di Kulim, Kedah. Foto Pejabat Agama
Kesemua mereka ditahan selepas pemeriksaan dilakukan pada 11.10 pagi Jumaat di sebuah rumah di Kulim, Kedah. Foto Pejabat Agama

"Kesemua tiga lelaki dan empat perempuan berusia antara 15 hingga 23 tahun dikesan berada dalam rumah tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri dan bukan mahram," katanya.

Kesemua ditahan mengikut Seksyen 25 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!