Satu maut, 22 cedera dalam kebakaran hospital di Jerman

Seorang terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran sebuah hospital di Jerman. - Foto Agensi
Seorang terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran sebuah hospital di Jerman. - Foto Agensi
A
A
A

BERLIN - Seorang terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam kebakaran sebuah hospital di Jerman, lapor media tempatan pada Jumaat yang memetik polis.

Seorang jurucakap bomba berkata, daripada jumlah mangsa yang cedera, enam dalam keadaan serius, lapor Xinhua.

Kejadian berlaku pada lewat Khamis di tingkat tiga hospital di bandar Uelzen, kira-kira 100 kilometer (km) ke selatan Hamburg di negeri Lower Saxony, utara Jerman.

Kebakaran itu merebak dengan cepat dan kebanyakan mangsa cedera akibat terhidu asap dan melecur.

Bagaimanapun, api berjaya dipadam sepenuhnya oleh anggota bomba.

Sementara itu tahap kemusnahan dan kerosakan akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!