PM ziarah Abdul Hadi, Ziauddin Sardar di IJN

Anwar (kanan) melawat Ziauddin yang menerima rawatan di IJN.
Anwar (kanan) melawat Ziauddin yang menerima rawatan di IJN.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejurus selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Firdaus, Bandar Baru Selayang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergegas ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menziarahi Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Sarjana British, Profesor Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di situ.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, beliau tidak sempat untuk bertemu dengan Abdul Hadi kerana Ahli Parlimen Marang itu sedang menerima rawatan dialisis selepas menjalani beberapa prosedur kesihatan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakannya Ziauddin Sardar yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), hari ini. - Foto Bernama

"Keadaan Abdul Hadi, saya dapat tahu daripada doktor (bahawa) stabil, hari ini beliau dialisis (manakala) Ziauddin sedang tunggu untuk ambil keputusan untuk prosedur berikutnya.

Kita doakan mudah-mudahan mereka sihat syafakallah, pulih dan dapat jalankan tugas seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi mereka di IJN di sini, pada Jumaat.

Abdul Hadi, 76, berada di IJN untuk pemeriksaan jantung sejak 1 Januari lepas.

Ziauddin, 72, yang merupakan penulis pemenang anugerah dan dianggap sebagai intelektual penting di United Kingdom itu pernah berkhidmat sebagai penasihat Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!