Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sukarelawan APM tetap bertugas walaupun jadi mangsa banjir

05 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 5 JANUARI 2024

Walaupun merupakan salah seorang mangsa banjir di Kampung Sentosa Damai 3, namun bagi anggota sukarelawan, Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia (APM) CDA Marine, Nur Ain Abdul Aziz, 33, dia tetap menjalankan tugas yang diamanahkan kepadanya bagi menjaga keselamatan di pusat pemindahan sementara (PPS), Dewan Muafakat Cahaya Baru, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, dia mula bertugas sejak 2022 lalu dan telah terlibat dalam usaha-usaha membantu dan seterusnya memastikan keselamatan orang ramai terutamanya mangsa-mangsa banjir dan musibah-musibah lain.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com