Lebih 600 peratus kawasan Makkah menghijau

Analisis data penderiaan jauh menunjukkan kawasan yang subur dengan tumbuhan hijau meliputi 2,529.4 kilometer (km) persegi pada Ogos lalu. - Foto: Agensi
Analisis data penderiaan jauh menunjukkan kawasan yang subur dengan tumbuhan hijau meliputi 2,529.4 kilometer (km) persegi pada Ogos lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

RIYADH - Kawasan wilayah Makkah kini semakin menghijau dengan peningkatan sebanyak lebih 600 peratus dalam tempoh lima bulan lalu, menurut laporan Arab News pada Jumaat.

Pusat Pembangunan Tumbuhan dan Memerangi Desertifikasi Kebangsaan Arab Saudi memaklumkan keadaan itu disebabkan musim lembap berterusan yang menyaksikan taburan hujan mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan.

Analisis data penderiaan jauh menunjukkan kawasan yang subur dengan tumbuhan hijau meliputi 2,529.4 kilometer (km) persegi pada Ogos lalu mewakili kira-kira 2.3 peratus daripada keseluruhan wilayah tersebut.

Ia kemudiannya meningkat secara berperingkat kepada 26,256km persegi menjelang akhir tahun 2023.

Pada Disember, sehingga 17.1 peratus kawasan menghijau yang tertumpu di kawasan pergunungan dan tanah tinggi selari dengan pantai Laut Merah dengan ketinggian 500 hingga 2,600 meter di Makkah, Taif, al-Laith, al-Jammoum, al-Kamil dan Khalis.

Menurut pusat itu, ia sedang mengkaji status kawasan menghijau tersebut dan memantau perubahannya menggunakan teknik penderiaan jauh serta teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk mencapai matlamat projek penanaman hutan dan Inisiatif Hijau Saudi.

Difahamkan, penubuhan pusat itu adalah sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Transformasi Negara yang direka untuk membantu matlamat kepelbagaian agenda pembangunan dan Visi 2030. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!