Dua beradik tak serik-serik...
TANAH MERAH - Tidak serik, malah mengulangi perbuatan jenayah. Itu yang dilakukan dua beradik berumur 20 dan 27 tahun yang berjaya diberkas polis ekoran terlibat dalam kes pecah rumah dan curi motosikal di daerah ini.
Kedua-dua suspek merupakan bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan sejak setahun lalu namun masih terjebak dalam aktiviti jenayah walaupun pernah menerima hukuman penjara.
Hasil siasatan yang dilakukan ke atas kedua-dua suspek, mereka mengaku terlibat dalam beberapa kes melibatkan kecurian motosikal dan meleraikan komponennya di sekitar bandar Tanah Merah.
"Susulan itu, kita merampas lima jenis motosikal jenama Yamaha Ego, dua motosikal Honda EX5 dan dua rangka motosikal untuk tindakan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!