PN nafi Agong perkenan 118 MP menghadap
SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada seramai 118 ahli Parlimen parti itu bersama akuan bersumpah masing-masing untuk datang menghadap Seri Paduka Baginda.
Dakwaan tersebut ditularkan di media sosial pada Sabtu menerusi satu kenyataan media yang kononnya dikeluarkan Setiausaha Agung PN yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin
Pejabat Ketua Pembangkang itu bagaimanapun mengesahkan kenyataan media yang disebarkan adalah palsu.
Kenyataan berkenaan turut mendakwa kononnya PN yakin urusan pembentukan pentadbiran baharu akan dapat dimuktamadkan selepas selesai istiadat menghadap.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!