Anjing kunyah wang tunai AS$4,000

Anjing bernama Cecil (kanan) itu dilapor menelan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548) - Foto REUTERS
Anjing bernama Cecil (kanan) itu dilapor menelan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548) - Foto REUTERS
A
A
A

INI mungkin 'hidangan' yang paling mewah untuk seekor anjing milik sepasang suami isteri di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Manakan tidak, anjing bernama Cecil itu dilapor menelan wang tunai berjumlah AS$4,000 (RM18,548).

Berkongsi detik tersebut, Carrie Law berkata kejadian berlaku pada 8 Disember lalu, selepas suaminya Clayton Law membawa pulang wang tunai yang dikeluarkan dari sebuah bank, lapor Reuters.

Wang simpanan tersebut dikeluarkan bagi bayaran projek pengubahsuaian belakang rumah pasangan itu.

Sebaik pulang, Carrie berkata suaminya meletakkan sampul surat berisi wang kertas AS$50 dan AS$100 di kabinet dapur.

Selepas 30 minit, lelaki itu kembali semula ke dapur dan terkejut apabila melihat anjing peliharaan mereka telah mengunyah wang tersebut.

Cebisan wang kertas yang dikunyah oleh anjing terbabit - Foto Reuters
Cebisan wang kertas yang dikunyah oleh anjing terbabit - Foto Reuters

Carrie menambah, anjing baka Goldendoodle yang berusia tujuh tahun itu tidak pernah berlakuan sedemikian sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Begitupun, risau dengan keadaan anjing berkenaan, pasangan terbabit menghubungi doktor haiwan jika perlu membawanya untuk rawatan.

Walaupun wang tersebut kebanyakan hampir menjadi cebisan, pasangan terbabit bernasib baik kerana pihak bank akan menggantikan wang kertas yang masih memiliki nombor siri. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!