[VIDEO] Banjir Johor : RM30juta diperlukan baiki 37 jalan rosak, cerun runtuh

A
A
A

KLUANG - Sebanyak RM30 juta peruntukkan diperlukan bagi kerja-kerja pembaikan jalan rosak dan cerun runtuh di negeri ini yang terjejas akibat bencana banjir ketika ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, peruntukkan itu diperlukan bagi 37 lokasi terdiri daripada 29 lokasi kerosakan jalan dan lapan cerun runtuh yang telah dikenal pasti.

Ahmad ketika sesi taklimat kerja-kerja baik pulih jalan ketika melakukan tinjauan di Jalan Kluang-Mersing pada Sabtu.
Ahmad ketika sesi taklimat kerja-kerja baik pulih jalan ketika melakukan tinjauan di Jalan Kluang-Mersing pada Sabtu.

Menurutnya, kesemua kerja-kerja pembaikan itu akan dilaksanakan segera, namun ada kerja-kerja yang bergantung dengan keadaan cuaca.

"Bagi pembaikan cerun ia akan dilakukan awal minggu ini, di mana kerja-kerja awalan menutup cerun dengan kanvas sudah pun dimulakan.

"Lain-lain kerja seperti pembaikan jalan bergantung kepada keadaan cuaca. Jika hujan mula reda, kerja-kerja akan dilakukan segera. Tetapi jika hujan lebat, kerja-kerja pembaikan jalan yang dilakukan tidak akan memberi kesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar selepas melakukan tinjauan di lokasi cerun runtuh dan jalan rosak akibat banjir di Seksyen 71-74, FT050, Jalan Kluang-Mersing di sini pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

AHMAD MASLAN
AHMAD MASLAN

Dalam pada itu, Ahmad berkata, daerah Kluang merekodkan jumlah kerosakan jalan dan cerun runtuh tertinggi diikuti Kota Tinggi dan Mersing.

"Empat lokasi cerun runtuh dilaporkan di Kluang iaitu tiga di Jalan Kluang-Kota Tinggi dan satu di Jalan Padang Tembak. Seterusnya dua lokasi cerun runtuh dilaporkan di Mersing iaitu di Felda Tenggaroh 3 dan Jalan Johor Bahru Kuantan," katanya.

Ahmad (dua depan) melakukan tinjauan di Jalan Kluang-Mersing pada Sabtu.
Ahmad (dua depan) melakukan tinjauan di Jalan Kluang-Mersing pada Sabtu.

Tambahnya, Kementerian Kerja Raya ( KKR) mempunyai prosedur operasi standard (SOP) untuk menampal jalan berlubang akibat banjir dalam tempoh 24 jam.

"Pada tahun lalu, dianggarkan 5,000 jalan berlubang bagi jalan persekutuan telah ditampal dalam tempoh 24 jam," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!