Tanah runtuh: Laluan Lebuhraya Timur Barat-Jeli masih selamat dilalui

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan jalan di laluan berkenaan selepas kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh awal pagi tadi.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pembersihan jalan di laluan berkenaan selepas kejadian pokok tumbang dan tanah runtuh awal pagi tadi.
A
A
A

KOTA BHARU - Runtuhan tanah yang berlaku di Lebuhraya Timur Barat berdekatan menara Telekom di Jeli awal pagi Ahad tidak serius dan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Norazman Sulaiman berkata, ia hanya runtuhan kecil dan pemeriksaan mendapati jalan berkenaan selamat untuk dilalui.

"Pemantauan kami di lakosi jalan dua hala berkenaan selamat selepas operasi menebang pokok tumbang dilakukan anggota dan pegawai bomba," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Norazman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.14 tengah malam dan terus keluar bersama dua jentera ke lokasi terbabit.

Tambahnya, sebaik tiba di kawasan terbabit mendapati ada satu pokok tumbang dan tanah runtuh tetapi tidak serius.

"Kerja-kerja membersihkan kawasan terus dilakukan oleh sembilan anggota dan pegawai. Operasi dapat dikawal beberapa minit kemudian dan tamat sepenuhnya jam 1.40 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!