Kem pelarian Rohingya di Bangladesh terbakar

Sekurang-kurangnya 2,500 orang hilang tempat berteduh selepas kebakaran melanda sebahagian kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada Ahad. Foto AFP
Sekurang-kurangnya 2,500 orang hilang tempat berteduh selepas kebakaran melanda sebahagian kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada Ahad. Foto AFP
A
A
A

DHAKA - Sekurang-kurangnya 2,500 orang hilang tempat berteduh selepas kebakaran melanda sebahagian kem pelarian Rohingya di Bangladesh pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sebanyak 500 kem perlindungan di Cox Bazar Kem 5 dijilat api dan anggota penyelamat mengambil masa tiga jam sebelum kebakaran berjaya dikawal, kata Pegawai Mohammad Iqbal.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, katanya.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian di Bangladesh berkata menerusi platform X bahawa pihaknya akan memberikan bantuan.

Bangladesh telah menjadi tuan rumah kepada satu juta pelarian Rohingya di 34 kem di Cox's Bazar. - Bernama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!