Warga emas 90 tahun diselamatkan selepas 5 hari terperangkap
Wanita itu ditemukan di bawah runtuhan di bandar pantai barat Suzu pada Sabtu, lapor Agensi Berita Kyodo pada Ahad.
Jumlah kematian meningkat kepada 126 dengan lebih daripada 200 orang masih hilang, lapor Kyodo memetik pihak berkuasa tempatan.
Sementara itu, kira-kira 30,000 orang ditempatkan di 370 pusat perlindungan di Ishikawa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!