Israel musnah kubur, curi mayat pejuang Hamas

Penduduk Palestin mengebumikan semula mayat di tanah perkuburan Khan Yunis, Genting Gaza. - AFP
Penduduk Palestin mengebumikan semula mayat di tanah perkuburan Khan Yunis, Genting Gaza. - AFP
A
A
A

GAZA CITY - Penduduk Palestin mengebumikan semula jenazah yang digali dari tanah pengkuburan di Gaza City selepas tentera Zionis didakwa menghancurkan kubur dan mencuri mayat pejuang Hamas.

Rakaman daripada tanah perkuburan di kejiranan Al-Tuffah menunjukkan mayat dikafankan dalam beg dan diletakkan atas timbunan tanah.

Manakala mayat lain berselerak atas kubur ketika puluhan lelaki berpakaian pelitup muka memegang penyodok dan menanam semula mangsa korban pengeboman tentera Israel.

Tentera Israel pada Sabtu memusnahkan 1,100 kubur dan mencuri 150 mayat penduduk yang baharu dikebumikan.

Bagaimanapun ketika dihubungi AFP, tentera Israel menafikan dakwaan itu tanpa mengulas lanjut.

"Kami terkejut melihat mayat digali semula pada pagi Sabtu," kata lelaki tempatan, Aliwa yang turut mengebumikan semula mayat tersebut.

Aliwa berkata, tentera Israel melanggar mayat dengan jentolak.

Tinjauan mendapati terdapat jejak jentolak berhampiran tanah perkuburan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Kami sedang mengambil mayat yang berselerak atas tanah. Sebilangan mayat telah dikenal pasti," katanya.

Konflik Hamas-Israel yang bermula pada 7 Oktober lalu telah mengorbankan 22,722 penduduk Palestin yang kebanyakan wanita dan kanak-kanak. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!