Kepimpinan baharu POS fokus perkasa pembangunan akar umbi
KEPIMPINAN baharu Persatuan Olahraga Selangor (POS) akan memberi tumpuan kepada memperkasa semula program pembangunan akar umbi bagi membentuk lebih ramai atlet pelapis pada masa depan.
Presiden POS, Nurhayati Karim berkata, tumpuan badan induk olahraga negeri Selangor itu akan diterjemahkan dalam persiapan mengharungi Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 tahun ini.
“POS juga akan memperkukuh kerjasama lebih erat dengan semua agensi sukan termasuk Majlis Sukan Negeri Selangor bagi tujuan tersebut.
“Saya berharap kesemua barisan kepimpinan baharu POS juga sedia menggalas amanah diberikan untuk membangunkan semula program olahraga di kesemua sembilan daerah di negeri Selangor,” ujarnya sekali gus merupakan wanita pertama menerajui persatuan sukan negeri di negara ini kepada Sukan Sinar pada Ahad.
Sebagai rekod, POS kembali dengan kepimpinan baharu diterajui Nurhayati bagi penggal 2024-2026 selepas dibatalkan pendaftarannya pada April 2022.
Bekas atlet olahraga dan ahli korporat A Sritharan pula mengisi jawatan timbalan presiden selepas menang tanpa bertanding manakala naib presiden pula diisi aktivis olahraga A Varughese dan seorang lagi bekas atlet jalan kaki wanita negara Cheng Tong Lean
Dalam pertandingan tiga penjuru itu, Varughese dan Tong Lean, masing-masing memperoleh 20 dan 19 undi manakala seorang lagi calon Nagor Meera meraih 7 undi.
INFO
Persatuan Olahraga Selangor
Penggal 2024-2026
Presiden:
Nurhayati Karim
Timbalan Presiden:
A Sritharan
Naib Presiden 1:
A Varughese
Naib Presiden 2:
Cheng Tong Lean
Setiausaha Kehormat:
K Narayhanasaamy
Bendahari:
Wan Noraina Asyiqeen Ariffin
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!