Titi Kampung Pulau Tengah yang dulu tular kini sepi

Titi yang masih kukuh dan cantik di Kampung Pulau Tengah kini tidak lagi menerima kunjungan pelancong.
Titi yang masih kukuh dan cantik di Kampung Pulau Tengah kini tidak lagi menerima kunjungan pelancong.
A
A
A

KOTA BHARU - Lokasi riadah pernah tular, titi Kampung Pulau Tengah, Kubang Kerian, di sini kini sepi tanpa kehadiran pengunjung.

Lebih menyedihkan keadaan di laluan masuk menuju ke jambatan sepanjang 860 meter itu ditumbuhi semak-samun manakala gerai-gerai makanan terbiar, ada yang runtuh selain tiada sebarang aktiviti rekreasi.

Seorang pengusaha bot, Rejuhan Abdullah, 55, berkata, keadaan titian Kampung Pulau Tengah yang tidak dikunjungi orang ramai itu berlaku sejak hampir setahun lalu menyebabkan dia sendiri tidak dapat meneruskan perniagaan bot kayuhnya di kawasan itu.

Rejuhan
Rejuhan

“Mula-mula orang ramai datang beriadah kerana permandangan yang sangat cantik dan kemudian berlaku Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas PKP, tempat ini menjadi tumpuan orang ramai sebagai destinasi pelancongan domestik, tetapi kini sudah lapan bulan tidak didatangi pengunjung menyebabkan sumber ekonomi terputus,” katanya ketika ditemui pemberita pada Ahad.

Johari
Johari

Sementara itu, seorang pesara kakitangan awam, Johari Abdullah, 68, berkata, lokasi itu menjadi sumber ekonomi penduduk kampung yang mengusahakan pelbagai perniagaan apabila titian yang dibina oleh pihak Jabatan Perparitan dan Saliran tersebut menarik kehadiran pengunjung.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, lebih 1,000 pengujung yang datang setiap hari untuk beriadah menyebabkan keadaan jalan-jalan di kampung itu sesak.

Muhamad melalui kawasan gerai makan yang terbiar.
Muhamad melalui kawasan gerai makan yang terbiar.

“Ada penduduk mengambil peluang untuk berniaga makanan dan ada yang membenarkan pengunjung meletakkan kereta di kawasan rumah mereka dengan mengenakan bayaran serendah RM2, tetapi kini semua sudah tidak ada lagi,” ujarnya.

Muhamad
Muhamad

Sementara itu, Imam Tua Masjid At-Taqwa, Muhamad Deraman berharap ada pihak yang datang untuk membantu menonjolkan kembali tempat tersebut kerana mempunyai nilai kecantikan alam semula jadi tersendiri serta titi yang masih dalam keadaan baik serta kukuh.

Jelasnya, perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor ketika pertemuan mereka baru-baru ini.

Rejuhan menunjukkan bot kayuh yang sudah tidak digunakan kerana tidak ada pengunjung.
Rejuhan menunjukkan bot kayuh yang sudah tidak digunakan kerana tidak ada pengunjung.

“Kampung ini mempunyai bentuk muka bumi yang menarik iaitu dikeliling sungai Lubuk Durian dan sungai Pengkalan Datu, namun fasiliti seperti jalan mungkin terlalu sempit dan boleh dinaik taraf.

“Jalan ini boleh diperbesarkan selain menambah kemudahan lain seperti tandas untuk menarik kembali kehadiran pengunjung,” ulasnya.

Pemandangan cantik dan damai boleh dirasai di Kampung Pulau Tengah.
Pemandangan cantik dan damai boleh dirasai di Kampung Pulau Tengah.

Laluan masuk ke titi Kampung Pulau Tengah kini dipenuhi semak samun.
Laluan masuk ke titi Kampung Pulau Tengah kini dipenuhi semak samun.

Muhamad (tengah), Johari (kanan) menaiki bot dipandu Rejuhan melihat keadaan yang tidak ada pengunjung.
Muhamad (tengah), Johari (kanan) menaiki bot dipandu Rejuhan melihat keadaan yang tidak ada pengunjung.

Johari (kiri) dan Rejuhan (kanan) menaiki motosikal di laluan masuk ke titi Kampung Pulau Tengah yang ditumbuhi semak-samun.
Johari (kiri) dan Rejuhan (kanan) menaiki motosikal di laluan masuk ke titi Kampung Pulau Tengah yang ditumbuhi semak-samun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!