Liverpool 'lambat panas' di Emirates

Pemain Liverpool meraikan gol pertama hasil jaringan sendiri Jakub Kiwior pada minit ke-80. Foto EPA
Pemain Liverpool meraikan gol pertama hasil jaringan sendiri Jakub Kiwior pada minit ke-80. Foto EPA
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp berpuas hati dengan kebangkitan anak buahnya di babak kedua perlawanan pusingan ketiga Piala FA menentang Arsenal di Stadium Emirates, awal pagi Isnin.

Klopp bagaimanapun mengetepikan sebarang cadangan bahawa dia melihat keputusan itu sebagai penyuntik keyakinan diri buat anak buahnya merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Bagi Klopp, pemainnya tiada masalah dengan keyakinan atau kepercayaan untuk menjulang mana-mana trofi sebaliknya berkata Liverpool sekadar 'lambat panas' di Emirates.

"Ini bulan Januari dan cuaca sejuk di luar rumah. Pemain hanya perlu memanaskan badan dengan cara yang betul dan bermain dengan baik.

"Itulah yang kami cuba lakukan di sini (Emirates) dan saya dapat melihat semua pemain 'enjoy' di separuh masa kedua," ujar Klopp.

Perlawanan di Emirates tampak dikuasai Arsenal, namun jentera serangan The Gunners mensia-siakan sekurang-kurangnya 16 peluang di hadapan gawang Liverpool.

Ketika aksi Arsenal-Liverpool bakal diheret ke perlawanan ulangan, The Reds mendapat 'kejutan' menerusi jaringan sendiri pertahanan tuan rumah, Jakub Kiwior pada minit ke-80.

Luis Diaz menghukum kealpaan Arsenal dengan gol kedua Liverpool pada masa tambahan penghujung babak kedua di m-95.

Artikel Berkaitan:

Kemenangan itu menyaksikan Liverpool mara ke pusingan keempat Piala FA dan mencerahkan lagi peluang The Reds untuk meraih tiga kejuaraan musim ini termasuk EPL dan Piala Liga.

Liverpool bakal melayan kunjungan Fulham untuk perlawanan separuh akhir Piala Liga, Khamis ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!