Mou bersama Feruni beri manfaat kepada pemaju, pembeli

A
A
A

Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Feruni Ceramiche bagi menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa pemaju hartanah yang berlangsung Khamis lepas.
Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Feruni Ceramiche bagi menjalinkan kerjasama strategik dengan beberapa pemaju hartanah yang berlangsung Khamis lepas.

KUALA LUMPUR – Jenama jubin premium terkemuka di negara ini, Feruni Ceramiche (Feruni) telah menjalinkan kerjasama strategik dengan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bagi bersama beberapa syarikat pemaju hartanah bagi menawarkan faedah eksklusif kepada para pelanggan mereka.

MoU yang berlangsung pada Khamis lepas itu itu melibatkan pemaju seperti Bangsar Hill Park, Bon Estates, Majestic Gen Sdn Bhd dan Webest dengan persetujuan kesemua pihak akan mewujudkan situasi menang-menang dalam usaha memberi pengalaman baharu kepada pembeli hartanah.

Pengarah Urusan Feruni, Datuk C.C. Ngei berkata, transformasi dilaksanakan sebagai salah satu teras dan inisiatif terbaru syarikat mengubah senario industri dengan menyediakan kediaman bernilai tinggi dan pembelian yang berbaloi.

“Kolaborasi sinergi ini mencerminkan komitmen kami untuk menunjukkan penghargaan dan sokongan kepada pemaju hartanah yang memilih Feruni sebagai pilihan mereka sebagai rakan kongsi jubin.

“Melalui kerjasama ini, matlamat utama kami adalah untuk memastikan setiap pihak mendapat lebih banyak keuntungan dan manfaat dengan berbelanja lebih sedikit di mana akhirnya mewujudkan situasi menang-menang untuk semua yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Jelas beliau, menerusi MoU itu pelbagai ganjaran eksklusif ditawarkan seperti diskaun, rebat dan baucar kepada mereka yang membeli hartanah daripada panel pemaju yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ngei berkata, Feruni komited menawarkan nilai tambah dengan menyediakan bahan jubin premium tanpa sebarang tambahan pelaburan daripada pemaju.

“Melalui kerjasama dan persefahaman itu menyaksikan Bangsar Hill Park menawarkan tambahan rebat RM5,000 untuk pembeli hartanah Verdura manakala pula Bon Estates menawarkan baucar penerbangan Malaysia Airlines bernilai RM5,000 untuk pembeli hartanah mereka itu Bon Kiara.

“Sementara itu, Majestic Gen Sdn Bhd turut memberikan tawaran rebat istimewa RM5,000 untuk pembeli hartanah Majestic Residence manakala Webest menggembirakan para pembeli hartanah ‘29 Reserve’ dengan diskaun dua peratus daripada jumlah harga pembelian satu unit hartanah berkenaan.

Tambah beliau, pembeli hartanah juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menakjubkan seperti tajaan melancong untuk dua orang ke Bali, peralatan kediaman dan banyak lagi apabila mereka membeli mana-mana hartanah yang ditawarkan oleh panel pemaju.

“Di Feruni, kami bukan sahaja menawarkan lebih daripada jubin premium sahaja namun memperkenalkan produk yang membakar imaginasi, memperkayakan alam sekitar dan memberi inspirasi kepada bakal pembeli untuk mengalami keindahan seni jubin syarikat,” katanya.