Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Lelaki setia jaga isteri hilang daya penglihatan, ingatan

08 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 8 JANUARI 2024

Asdina Ariffin Suwadi, 32, dari Taman Bertam Impian di Melaka, tidak menyangka kehidupannya berubah sekelip mata selepas isteri disahkan mengidap Tibi Meningitis pada tahun 2022, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob

Bermula dari saat itu isterinya, Noor Syamimi Rohim, 33, bukan sahaja hilang daya penglihatan malah lebih menyedihkan tidak dapat mengingati kenangan bersama termasuk hari bahagia saat diijab kabulkan.

Asdina Ariffin berkata, namun semua itu bukan alasan untuk dia meninggalkan Noor Syamimi, apatah lagi menduakannya kerana pada ketika inilah Noor Syamimi memerlukan sokongan untuk pulih dan sabar dengan ujian yang menimpanya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643121/edisi/melaka-ns/lelaki-setia-jaga-isteri-hilang-daya-penglihatan-ingatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Melaka #Setia #Suami