Rejim Zionis akan bunuh semua rakyat Palestin - Tun M

Sebahagian bangunan di Gaza musnah dalam serangan udara oleh rejim Zionis. - AFP (Gambar kecil: Dr Mahathir)
Sebahagian bangunan di Gaza musnah dalam serangan udara oleh rejim Zionis. - AFP (Gambar kecil: Dr Mahathir)
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa rejim Zionis akan membunuh semua rakyat Palestin kerana mahu memusnahkan Hamas sepenuhnya.

Beliau berkata, Israel tidak akan menghentikan perang terhadap Gaza sehingga pejuang Hamas berjaya ditumpaskan.

“Memandangkan bom dan roket tidak dapat mengenal pasti Hamas, semua rakyat Palestin mesti dibunuh kerana dalam kalangan mereka ada Hamas.

“Apabila rakyat Palestin di Gaza dibunuh maka anggota Hamas yang bersembunyi antara mereka akan dibunuh.

“Bayi dan kanak-kanak Palestin juga akan dibunuh hanyalah sebagai cagaran. Ini kerana, mereka berkemungkinan akan menjadi ahli Hamas apabila dewasa. Membunuh mereka adalah sebahagian daripada perang untuk keselamatan Israel,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.

Tambah Dr Mahathir, disebabkan Majlis Keselamatan Amerika Syarikat (AS) enggan meluluskan resolusi gencatan senjata, ia mengakibatkan seramai 200 rakyat Palestin terbunuh dalam perang di Gaza.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa rejim Zionis akan menghentikan peperangan apabila Hamas sudah tiada di bumi Palestin.

Katanya, perkara berkenaan hanya boleh berlaku apabila semua orang di Gaza terbunuh dan pada ketika itu, tiada lagi pembunuhan beramai-ramai dilakukan.

Artikel Berkaitan:

“Apabila tiada rakyat Palestin di dunia barulah Israel akan selamat.

“Jadi, Amerika mesti menegakkan hak Israel untuk meneruskan peperangan dan membunuh semua rakyat Palestin,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!