'Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar' - Hamzah

Hamzah (kiri) mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Bersatu Wilayah Persekutuan pada Isnin.
Hamzah (kiri) mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Bersatu Wilayah Persekutuan pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berseloroh menerusi media sosialnya berkenaan isu politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini.

“Sehari dua ni, saya dengar ramai yang tak senang duduk - gelisah semacam.

“Ada yang berlari ke IJN (Institut Jantung Negara), ada yang ke Sabah. Tenang-tenang saja, tak lari gunung dikejar tu,” kata Setiausaha Agung PN itu pada Isnin.

“Alhamdulillah, saya bersama Datuk Dr Radzi Jidin tenang-tenang saja bermesyuarat bersama Badan Perhubungan Bersatu Wilayah Persekutuan,” katanya.

Perkara yang dinyatakan itu dipercayai ada kaitannya dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawat Presiden Pas,Tan Sri Abdul Hadi Awang dan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Sabah.

Namun Perdana Menteri dilaporkan tidak sempat berjumpa Ahli Parlimen Marang itu kerana berada dalam rawatan dan pemantauan.

Kehadiran Ahmad Zahid ke Sabah juga dikatakan untuk menyelesaikan menyelesaikan ketegangan politik yang dilaporkan berlaku di negeri itu.

Walau bagaimanapun Setiausaha politik beliau, Datuk Jamal Nerubi berkata, kehadiran Ahmad Zahid di Sabah adalah untuk memenuhi jemputan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Bendec.

Artikel Berkaitan:

Sebeum itu, Perikatan Nasional (PN) menafikan dakwaan kononnya Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada 118 ahli Parlimen gabungan itu untuk datang menghadap Seri Paduka Baginda bersama akuan bersumpah masing-masing.

Pejabat Ketua Pembangkang memaklumkan, kenyataan yang didakwa dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti yang ditularkan di media sosial, adalah palsu.

Terdahulu, kenyataan media bertarikh 6 Januari tular mendakwa PN merafak syukur kerana usaha menyelamatkan negara mendapat ihsan Seri Paduka Baginda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!