53 banduan lolos dari penjara di Indonesia
JAKARTA - Seramai 53 banduan melarikan diri dari penjara sekitar jam 11 pagi (waktu tempatan) di Sorong, Provinsi Papua Barat Daya di timur Indonesia pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Bandar Sorong, Pesuruhjaya Happy Perdana Yudianto, hanya enam orang ditahan semula daripada 53 banduan yang melarikan diri dari Lembaga Pemasyarakatan (Lapas) Kelas II B Sorong itu.
"47 (banduan) masih diburu. Usaha yang kami lakukan juga menyekat jalan raya di luar bandar Sorong, pelabuhan dan lapangan terbang sambil mengumpul data banduan yang melarikan diri," katanya.
Yudianto berkata, banduan yang melarikan diri adalah mereka yang disabitkan dengan jenayah am dan kesalahan dadah.
Sementara itu, Ketua Penjara Sorong, Manuel Yenusi berkata, sebelum insiden itu berlaku, terdapat upacara Ibadah Hari Minggu.
"Namun, kira-kira jam 11 pagi, terdapat banduan menceroboh keselamatan dan mengugut dua pegawai pengawal serta membaling mercun sehingga berlaku letupan.
"Kemudian, berpuluh-puluh banduan melarikan diri," kata Yenusi. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!