Agong, Permaisuri tarik perhatian nyanyi lagu Setia

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melambai ke arah pengamal media selepas Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi pada Isnin. Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Aksi bersahaja Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah semasa berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda, menarik perhatian ramai.

Pasangan diraja itu turut sama berdiri menyanyikan lagu Setia bersama anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sama-sama menggerakkan tangan sambil menyanyi selain Raja Permaisuri yang sememangnya terkenal dengan keperibadian mesra rakyat dan sering merakam pelbagai momen di telefon bimbitnya, tidak melepaskan peluang berbuat demikian pada istiadat yang berlangsung dengan meriah itu.

Gelagat spontan Tunku Azizah yang merakam perjalanan istiadat itu turut menjadi tumpuan lensa kamera media.

Pada satu ketika, istiadat itu turut diselubungi suasana hiba apabila dendangan nyanyian dan deklamasi sajak oleh Sarjan Siti Nur Ain Jasmi dan Laskar Udara 1 Abdullah Rosli bertajuk Daulat Tuanku menyentuh emosi Tunku Azizah, yang beberapa kali dilihat mengesat air mata.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menahan rasa sebak semasa mendengar deklamasi sajak bertajuk ‘Daulat Tuanku’ ketika berangkat pada Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi pada Isnin. Foto Bernama

Sajak itu yang menceritakan kepimpinan baginda dan cabaran yang dihadapi negara semasa lima tahun pemerintahan Al-Sultan Abdullah, selain menggambarkan keperibadian baginda berdua yang terserlah mesra rakyat jelas menyentuh emosi, sehingga Tunku Azizah menitiskan air mata.

Istiadat Perbarisan Menjunjung Kasih diadakan bersempena dengan tamat pemerintahan Al-Sultan Abdullah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari ini berlangsung di Kem Perdana, Sungai Besi di sini.

Al-Sultan Abdullah memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 31 Jan 2019 selepas menggantikan Sultan Muhammad V iaitu Yang di-Pertuan Agong ke-15. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!