Zoo Melaka nafi Harimau Putih Bengal kurus

Elsa yang merupakan harimau istimewa dan mengalami masalah kesihatan.
Elsa yang merupakan harimau istimewa dan mengalami masalah kesihatan.
A
A
A

MELAKA - Zoo Melaka kesal dan menafikan dakwaan haiwan di zoo berkenaan terutama Harimau Putih Bengal terlalu kurus dan tidak diberikan makanan secukupnya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron, berkata, Harimau Putih Bengal yang dinamakan Elsa mempunyai masalah kesihatan pada tulang punggung dan belakang selain rahang.

Sapiah ketika menunjukkan keadaan Elsa yang mengalami peningkatan berat badan berbanding 2019.
Sapiah ketika menunjukkan keadaan Elsa yang mengalami peningkatan berat badan berbanding 2019.

Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung memberi kesan kepada diet pemakanannya berbanding harimau normal serta dijaga dengan penuh kasih sayang.

Malah katanya, ketika Elsa ditempatkan di Zoo Melaka pada tahun 2019 berat badannya dianggarkan 50 kilogram (kg) namun kini mencecah kepada 70kg sekali gus bercanggah dengan dakwaan yang tular di media sosial.

"Disebabkan masalah kesihatan yang dihadapi itu, kalau berat badan terlalu berat, akan menyukarkan Elsa dari segi pergerakan.

"Kalau kita lihat Elsa dalam keadaan gelisah, sebabnya haiwan itu mahukan perhatian," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Zoo Melaka, di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Zoom Melaka, Zanariah Khamis.

Artikel Berkaitan:

Jelas Sapiah, Elsa juga diberikan hidangan sebanyak lima ekor ayam yang dianggarkan seberat lima kilogram sehari, namun hanya mampu makan sekitar tiga hingga empat kilogram sahaja iaitu kira-kira 80 peratus makanan.

"Elsa merupakan haiwan kacukan istimewa dan tidak seperti harimau normal lain dan kita pantau dari segi makanan serta berikan vitamin secukupnya," katanya yang turut memaklumkan haiwan di zoo dipantau oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka setiap bulan.

Tambah beliau, bagi memastikan dakwaan seperti itu tidak berulang lagi, pihaknya akan meletakan pemakluman kesihatannya di tempat paparan supaya pengunjung dapat memahami situasi sebenar keadaan haiwan karnivor itu.

Sinar Harian pada Ahad melaporkan seekor Harimau Putih Bengal yang ditempatkan di Zoo Melaka didakwa kurus dan kelaparan mendapat perhatian umum apabila video mengenainya tular sejak Sabtu.

Video berdurasi 0.22 saat itu dikongsikan pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Nurul Z mendakwa haiwan itu kelihatan gelisah dan memerhati di pintu kecil di bahagian kecil.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!