Barisan Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional selesai dilantik
KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Pemuda Amanah Nasional telah membuat keputusan secara sebulat suara mengenai pelantikan ahli jawatankuasanya bagi sesi 2023-2026.
Setiausaha Pemudanya, Ahmad Shahir Mohd Shah berkata, di bawah kepimpinan Ketua Pemuda, Mohd Hasbie Muda, barisan kepimpinan yang dibentuk merupakan pemimpin-pemimpin muda yang mempunyai komitmen tinggi terhadap parti dengan pengalaman gerak kerja di lapangan secara terlatih.
Menurutnya, semua Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional akan memegang portfolio tersendiri bagi membolehkan mereka memainkan peranan dengan lebih berkesan.
“Dengan kepelbagaian latar belakang dan profesion barisan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Nasional yang baru dilantik, Pemuda Amanah beriltizam menjadi salah satu platform politik pilihan anak muda di Malaysia untuk bersama-sama mendepani cabaran semasa pentas politik negara yang sangat dinamik dan rencam.
"Dasar Parti Amanah Negara akan menjadi teras dalam setiap agenda dan gerak kerja Pemuda Amanah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Jelasnya, bagi pelantikan Ketua Pemuda Negeri, proses pencalonan sedang berlangsung di peringkat Pemuda Amanah Kawasan di seluruh negara.
“Ruang sepenuhnya diberikan kepada akar umbi Pemuda Amanah Kawasan bagi mencalonkan Ketua Pemuda Negeri yang akan memastikan kesinambungan Pemuda Amanah di peringkat negeri masing-masing.
"Beberapa portfolio tambahan juga akan diumumkan bersekali dengan pelantikan Ketua-Ketua Pemuda Negeri.
“Semoga barisan Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional yang baru dilantik akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan beramanah,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Pemuda Amanah Nasional sesi 2023-2026
Jawatan Pengurusn
Ketua Pemuda
(Pengerusi Biro Politik)
Senator Mohd Hasbie Muda
Timbalan Ketua Pemuda
(Pengerusi Biro Mobilisasi & Hubungan Kerajaan)
Danial Al-Rashid Haron
Naib Ketua Pemuda
(Pengerusi Biro Korporat & Pendanaan)
Muhammad Faris Arriffin
Naib Ketua Pemuda
(Pengerusi Biro Latihan & Perkaderan)
Mohamad Ammar Atan
Naib Ketua Pemuda
(Pengerusi Biro Kebajikan & Aktivisme Anak Muda)
Mohd Zulhazmi Hassan
Naib Ketua Pemuda
(Pengerusi Biro Tarbiyah & Penaziran Politik)
Asmaalif Abdul Adam
Naib Ketua Pemuda
(Pengerusi Biro Hal Ehwal Sabah Sarawak)
Rendy Ismail
Setiausah
Ahmad Shahir Mohd Shah
Timbalan Setiausaha
Ammar Izham
Penolong Setiausaha
Dr Mohamed Nashrudin Naharudin
Penolong Setiausaha
Fakhrul Razi Hamdan
Penolong SetiausahaMuhammad Ramadhan Mohd Lotphi
Bendahari
Mohd Firdaus Mokhtar
Setiausaha Organisasi
Abdullah Su'ady Ramadhan Mohd Nasir
Pengarah Komunikasi
'Asim' Abdullah Ainullotfi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!