ABIM tempelak cadangan Rosyam Noor

Ahmad Fahmi
Ahmad Fahmi
A
A
A

SHAH ALAM - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menempelak cadangan pelakon, Datuk Rosyam Noor berkaitan adanya keperluan pusat pelacuran sebagai tempat warga asing melepaskan nafsu.

Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, perkara itu jelas bertentangan dengan agama Islam kerana ia boleh melibatkan lebih banyak isu sosial dalam negara.

“Perkara itu tidak mengambil faktor sensitiviti budaya setempat dan merujuk kepada negara yang majoritinya Islam.

“Bagi saya, tak perlulah untuk mengusulkan perkara yang tiada matlamat dan jangan menghalalkan perkara yang haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 57, sebelum ini dilaporkan berkata, bahawa pusat pelacuran perlu ada untuk mengurangkan kes jenayah seperti rogol dan gangguan seksual melibatkan warga asing.

Beliau berkata demikian dalam sesi podcast Hitam Putih Kehidupan yang tular dalam aplikasi TikTok pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Fahmi meminta semua pihak agar tidak menuding jari kepada warga asing dalam isu rogol sebaliknya memberi fokus kepada cara menangani kes jenayah itu.

“Selain warga asing, rakyat tempatan juga menyumbang kepada kes tersebut. Lebih baik kita fokus bagaimana mahu selesaikan masalah ini.

Artikel Berkaitan:

“Kita sepatutnya tidak boleh melihat kepada siapa dan kumpulan atau golongan mana yang terlibat dengan isu rogol,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!