Ribuan ikan terdampar di pantai, penduduk bimbang bencana alam
MANILA - Sekumpulan ikan didapati terdampar di pantai di Filipina yang mana penduduk menganggapnya rezeki dari Tuhan manakala sebahagian lagi bimbang bahawa ia memberi petanda bencana alam bakal berlaku, lapor portal Sanook.
Seorang pengguna Facebook, Diane Lawa Tagun menyiarkan video kejadian luar biasa itu pada Ahad.
Video menunjukkan penduduk Masiim di wilayah Sarangani di pulau Mindanao, selatan Filipina menjumpai ikan berenang ke darat dan mati di pesisiran pantai.
Beberapa penduduk tempatan memberitahu wartawan bahawa ikan yang berjaya ditangkap mencecah beberapa tan.
Sebelum ini, pihak berkuasa tempatan di bandar Hakodate di Hokkaido, Jepun menemui puluhan ribu ikan sardin dan kembung mati di sepanjang satu kilometer di pantai tersebut.
Segelintir daripada mengumpul ikan itu untuk dimakan atau dijual, namun pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai tidak memakan ikan itu.
Tambahan pula, kerajaan Jepun turut melepaskan air takungan sisa radioaktif Fukushima yang mana orang ramai menyuarakan kebimbangan mengenai memberi kesan terhadap hidupan laut dan manusia.
Namun, pada 1 Januari lalu, gempa bumi kuat 7.6 magnitud melanda Wilayah Ishikawa di Semenanjung Noto, Jepun.
Sehingga kini tiada penjelasan saintifik mengenai puncak kematian ikan secara besar-besaran di pulau Hokkaido dan kaitan dengan gempa bumi tersebut.
Penganalisis bencana Jepun merumuskan puncak kematian ikan itu mungkin disebabkan cubaan melarikan diri daripada pemangsa atau kekurangan oksigen secara tiba-tiba. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!