Tindakan Johair tinggalkan parti tidak jejas KDM

Gaim dan Johair
Gaim dan Johair
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan bekas Naib Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Datuk Johair Mat Lani meninggalkan parti tidak menjejaskan kepimpinan parti itu.

Malah Setiausaha Agung KDM, Gaim Lunkapis berkata, tindakan Johair itu juga tidak menjejaskan kedudukan KDM dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, parti KDM sedar yang mereka kini tidak mempunyai sebarang jawatan dalam negeri namun percaya ia hanya bersifat sementara.

"Saya percaya ini cuma bersifat sementara dan yakin KDM akan beroleh kemenangan di kawasan yang dipilih seterusnya akan menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri kelak.

"Apa pun kami menerima peletakan jawatan beliau secara baik dan ia tidak akan menggugat kedudukan KDM yang dipimpin Presiden, Datuk Peter Anthony dan Timbalan Presiden, Datuk Wetrom Bahanda," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau bagaimanapun berkata, KDM menganggap ahli meninggalkan parti sebagai lumrah dalam dunia politik.

"Sudah menjadi lumrah dalam politik, pemimpin datang dan pergi. KDM mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.

"Apa yang penting kekuatan dan perjuangan kita tidak akan goyah, parti ini akan terus berjuang untuk rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Gaim berkata, Johair telah memaklumkan lebih awal mengenai keputusannya untuk meletakkan jawatan dengan alasan menghadapi masalah keluarga.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!