Kian Meng-Pei Jing bermula langkah kiri
IMPIAN beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing untuk membuktikan sesuatu buat penyokong tidak kesampaian setelah tersekat pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Selasa.
Mereka tewas straight set kepada pasangan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeung Na Eun 21-11,21-16 dalam tempoh 38 minit permainan.
Kekalahan tersebut menjadikan keputusan seimbang antara kedua-dua pasangan itu kepada masing-masing dua kemenangan.
Pasangan yang menghuni ranking ke-25 dunia itu tidak dapat menyembunyi kekecewaan di atas kekalahan tersebut dan menyifatkan ia adalah kesilapan mereka sendiri.
"Berasa kecewa sebab sudah beri yang terbaik. Tekad bangkit untuk kejohanan akan datang," ujar Kian Meng.
Mereka gagal memberi saingan pada set pertama apabila tewas mudah 11-21.
"Mungkin banyak kesilapan kecil, berasa sedikit tekanan dan gagal kawal permainan dengan baik," ujar Pei Jing.
Pasangan negara itu cuba bangkit pada set kedua dan mendahului sehingga ke mata 12, namun dipintas beregu lawan untuk mengesahkan kemenangan 21-16.
"Selepas ketinggalan mereka tingkatkan speed dan kita cuba beri saingan, namun gagal," ujar Kian Meng.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!