KKDW, Felda tumpu enam sektor bantu generasi baharu Felda

Ahmad Zahid meluangkan masa bertemu kakitangan dan warga Felda selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi bersama KKDW bersama Pengurusan Kanan Felda di Menara Felda, di ibu negara pada Selasa.
Ahmad Zahid meluangkan masa bertemu kakitangan dan warga Felda selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi bersama KKDW bersama Pengurusan Kanan Felda di Menara Felda, di ibu negara pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam proses melaksanakan kerjasama bagi menaik taraf kemudahan untuk generasi baharu Felda.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, bidang kerjasama strategik berkenaan sedang diperhalusi untuk pelaksanaan yang lebih efektif.

Menurutnya, kerjasama baharu itu termasuk bidang infrastruktur, modal insan, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), usahawan, perladangan, dan program siap siaga Felda yang melibatkan Koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Bidang usahawan misalnya mengintegrasikan 'smart partnership' 15,881 usahawan Felda ke dalam pangkalan data usahawan di KKDW bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan program pada masa akan datang.

“Sektor perladangan pula menumpukan Bantuan Musim Tengkujuh dengan peruntukan RM9,427 juta telah diserahkan kepada Felda melalui Risda (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah),” katanya.

Ahmad Zahid beramah mesra dengan kakitangan dan warga Felda.
Ahmad Zahid beramah mesra dengan kakitangan dan warga Felda.



Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Koordinasi bersama KKDW bersama Pengurusan Kanan Felda di Menara Felda, di ibu negara pada Selasa.

Hadir sama, pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, pengurusan banjir pula akan diselaraskan bersama Nadma yang melibatkan lebih kurang 27,000 keluarga peneroka.

"Banyak lagi bidang lain yang tidak saya sebutkan memerlukan kelulusan Kabinet dan saya juga memerlukan beberapa pengubahsuaian dalam akta dan peraturan sedia ada.

"Namun kita telah bersetuju tadi kita tidak bekerja secara sailo lagi tapi kita juga bekerjasama dengan Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan dan beberapa lagi kementerian yang terkait untuk membangunkan kawasan Felda", katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!