Isu rumah pelacuran: Rosyam Nor tampil beri penjelasan

Datuk Rosyam Nor - Foto Bernama
Datuk Rosyam Nor - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Pelakon popular, Datuk Rosyam Nor menjelaskan rakaman yang tersebar berkenaan isu rumah pelacuran merupakan video promo untuk program podcast terbitan Suhan Channel.

Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, beliau tidak menyangka video berkenaan menjadi tular.

“Alamak, kecoh satu dua hari ini pasal rumah pelacuran yang kononnya aku buat kenyataan.

“Sebenarnya, itu (video tular) adalah promo untuk program podcast aku di Suhan Channel yang bertajuk ‘Otak Porno’ dan ia adalah perbincangan,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial, Instagram pada Selasa.

Menerusi rakaman yang viral itu, Rosyam berkata, pusat pelacuran perlu ada untuk mengurangkan kes jenayah seperti rogol dan gangguan seksual melibatkan warga asing.

Pada masa sama, beliau turut memohon maaf kerana atas kecelaruan yang timbul disebabkan tayangan video ringkas.

“Apa-apa hal, aku mohon maaf dahulu. Aku tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar.

“Jadi aku rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan rakaman tentang perkara yang dibincangkan.

Artikel Berkaitan:

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan. Apa-apa pun saya mohon maaf atas segala kecelaruan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!