Iklan pakej haji furada: Agus Rizal diperintah bela diri
09 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 9 JANUARI 2024
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan seorang pengarah syarikat agensi pelancongan membela diri atas satu pertuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji sah daripada Lembaga Tabung Haji (TH), dua tahun lalu.
Hakim, Mohd Kafli Che Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Agus Rizal Mat Ali, 52, di akhir kes pendakwaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/.../iklan-pakej-haji...
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa