Peniaga lapor polis difitnah dalam FB

Baharudin
Baharudin
A
A
A

DUNGUN - Seorang peniaga kedai makan di Batu 50 di sini membuat laporan polis terhadap pemilik sebuah akaun Facebook berhubung status berunsur fitnah dan memburukkan kedainya di laman sosial itu.

Wanita berusia 37 tahun itu menyedari tuduhan tidak berasas tersebut selepas dimaklumkan oleh ibunya melalui WhatsApp dengan menghantar tangkap layar status berkenaan kira-kira jam 6.36 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sejurus menerima mesej tersebut, mangsa yang ketika itu berada di kedai makannya menyemak akaun Facebook yang dimaksudkan sebelum mendapati pemiliknya menggunakan nama ‘Yuni’.

“Berdasarkan tangkap layar itu, pemilik akaun tersebut meminta orang ramai mengelakkan makan di kedai berkenaan yang didakwa sudah beberapa kali disita kerana masalah kebersihan.

“Pemilik akaun itu juga mendakwa ada najis tikus di dalam periuk nasi dan bulu binatang di dalam makanan dan tindakan itu dilakukan supaya orang ramai berwaspada.

Mangsa mendakwa tulisan pemilik akaun itu tidak benar dan fitnah untuk merosakkan perniagaannya,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!