Lapan majikan, 766 PATI ditahan dalam tempoh 5 hari

Saifuddin (dua dari kanan) ketika membuat lawatan kerja ke JIM Selangor sempena Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di pejabat JIM Selangor di Seksyen 14, Shah Alam pada Selasa.
Saifuddin (dua dari kanan) ketika membuat lawatan kerja ke JIM Selangor sempena Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di pejabat JIM Selangor di Seksyen 14, Shah Alam pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM – Seramai lapan majikan dan 766 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam tempoh lima hari bermula 1 Januari sehingga Jumaat lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penahanan kesemua individu itu dilakukan menerusi 168 operasi penguatkuasaan di seluruh negara.

“Sepanjang tempoh hanya lima hari iaitu sehingga 5 Januari lalu, pemeriksaan sudah dijalankan ke atas seramai 2,049 orang warga asing,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau ditemui ketika lawatan kerja ke JIM Selangor sempena Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di pejabat JIM Negeri Selangor di Seksyen 14 dekat sini.

Saifuddin (tengah) ketika membuat lawatan kerja ke JIM Selangor sempena Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di pejabat JIM Selangor di Seksyen 14, Shah Alam pada Selasa.
Saifuddin (tengah) ketika membuat lawatan kerja ke JIM Selangor sempena Program Rekalibrasi Tenaga Kerja di pejabat JIM Selangor di Seksyen 14, Shah Alam pada Selasa.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, operasi seumpama itu tidak terhenti terutama melibatkan lokasi tumpuan yang dipergiatkan secara berterusan oleh pihak berkuasa.

“Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen juga ada mengenal pasti lokasi ‘hot spot’ pendatang asing," katanya.

Namun demikian ujar Saifuddin, kerajaan sememangnya amat mengalukan kedatangan pelancong asing ke negara ini.

Artikel Berkaitan:

“Kita masih perlu menegakkan undang-undang sedia bagi memastikan semua pihak peraturan ditetapkan.

"Ini termasuk tindakan lanjut ke atas mana-mana majikan warga tempatan yang didapati mengingkarinya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut melihat keupayaan kapasiti menampung pendatang asing di 21 depoh Imigresen sedia ada.

“Setakat ini, seramai 12,188 warga asing ditempatkan di semua depoh berkenaan berbanding kapasiti maksimum 19,000 orang.

"Tindakan menerusi pendakwaan kes di mahkamah akan menentukan hukuman kepada mereka termasuk menghantar pulang ke negara asal,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!