Agong titah Istana Negara tidak terlibat sebarang percaturan politik - Anwar

Anwar (kiri) menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet.
Anwar (kiri) menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet.
A
A
A

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi jaminan bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dengan percaturan politik.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas Kabinet.

"Seri Paduka Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Madani untuk meneruskan kerja mengurus negara.

"Seri Paduka Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Dalam sesi itu beliau turut berkata, sekiranya ada pihak yang bercadang untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.

Sebelum ini, penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendakwa pembangkang berjaya memperoleh 120 akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan pentadbiran Anwar.

Menurut kertas ketiga yang ditunjukkan oleh Raja Petra, penyokong akuan bersumpah itu adalah termasuk 14 daripada BN.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa pihaknya sudah mempunyai jumlah SD yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Artikel Berkaitan:

Hujung bulan lalu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Ismail Yusop mendedahkan terdapat gerakan yang dinamakan 'Langkah Dubai' untuk menjatuhkan Anwar dirancang dan didalangi pemimpin pembangkang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!