Majlis Menteri Wilayah diaktifkan semula - Zaliha

Zaliha - Foto Bernama
Zaliha - Foto Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - Majlis Menteri Wilayah diaktifkan semula bagi menyalurkan input dalam merancang dan menggubal dasar serta strategi pembangunan di Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Bilangan 1 Tahun 2024 pada Selasa berkata, terdapat sembilan isu dasar yang menjadi tumpuan dibincangkan dan akan diambil tindakan.

Dalam kenyataan pada Selasa, beliau berkata, mesyuarat Majlis itu juga menjadi platform untuk menyelesaikan isu-isu dasar, berdasarkan pelaporan perkara-perkara yang telah diputuskan pada Mesyuarat Konsultasi Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur, katanya.

Kali terakhir mesyuarat majlis itu diadakan adalah pada 2019.



"Mesyuarat akan diadakan setiap tiga bulan sebagai langkah berterusan dalam menangani perkembangan dan keperluan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, selain berperanan penting dalam memastikan setiap keputusan dan langkah strategik adalah berasaskan keperluan semasa dan mengambil kira harapan rakyat di Kuala Lumpur," katanya.

Menurutnya, ia akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan dianggotai oleh semua Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan wakil-wakil dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Bernama
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!