Langkah Dubai hanya bazir masa - Khairy

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa program Podcast Keluar Sekejap pada Selasa di saluran Youtube.
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa program Podcast Keluar Sekejap pada Selasa di saluran Youtube.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan Langkah Dubai yang dicetuskan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) sebelum ini hanya membazirkan waktu pihak kerajaan dan pembangkang.

Beliau berpandangan, perkara tersebut sebenarnya modal politik terhadap kedua-dua pihak yang terlibat.

“Sebab itu (Langkah Dubai) memberi modal politik kepada kerajaan juga. Mereka (kerajaan) nak serang Perikatan Nasional (PN), tetapi PN tak pandai bercakap mengenai polisi, dia macam tunggul.

“Jadinya, kerajaan kena serang seperti itu (Langkah Dubai),” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan pada Selasa di saluran Youtube.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan semasa program Podcast Keluar Sekejap pada Selasa di saluran Youtube.
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan semasa program Podcast Keluar Sekejap pada Selasa di saluran Youtube.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Ismail Yusop mendedahkan terdapat gerakan yang dinamakan Langkah Dubai untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirancang dan didalangi pemimpin pembangkang demi menutup pelbagai kelemahan Kerajaan Perpaduan sekarang.

Perkara itu kemudiannya disahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bahawa wujud rancangan di pihak PN untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Artikel Berkaitan:

Langkah itu dirangka berdasarkan kelompongan Akta Anti Lompat Parti yang digunakan Kerajaan Madani untuk menarik sokongan lima Ahli Parlimen PN.

Shahril turut senada dengan pandangan Khairy bahawa Langkah Dubai tersebut tidak masuk akal.

Beliau menyatakan Sarawak perlu memberi kenyataan tidak menyokong Anwar, baru ada sedikit kemungkinan untuk bertukar kerajaan.

“Mereka (Sarawak) tidak akan buat perkara itu. Sarawak tidak akan buat.

“Kita juga tahu, jika ada ahli Parlimen yang tidak berpuas hati atau tak selesa, kalau ada pun dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO. Kenapa parti lain nak kena ikut?” ujar Shahril.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!