Gabriel Attal, PM paling muda Perancis

Attla diberi tanggungjawab untuk membentuk kerajaan selepas rombakan Kabinet pada minggu. - Foto: Agensi
Attla diberi tanggungjawab untuk membentuk kerajaan selepas rombakan Kabinet pada minggu. - Foto: Agensi
A
A
A

PARIS - Gabriel Attal terpilih sebagai Perdana Menteri baharu Perancis sebagai usaha Presiden Emmanuel Macron untuk memulihkan popularitinya.

Attal, 34, bakal mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri paling muda dalam sejarah negara itu selepas pelantikan sosialis, Laurent Fabius ketika beliau berusia 37 tahun oleh Francois Mitterrand pada 1984.

Pemimpin itu bakal menggantikan Elisabeth Borne, 62, yang berundur pada Isnin selepas memegang jawatan selama 20 bulan.

Perubahan mengejut itu dilakukan menjelang Sukan Olimpik di Paris dan Pilihan Raya Parlimen Eropah dijadualkan pada musim panas akan datang yang mana pasukan Macron 'terancam' dengan gerakan haluan kanan di bawah pimpinan, Marine Le Pen.

Difahamkan, rombakan Kabinet lebih luas dijangka pada minggu ini.

"Attal turut dipertanggungjawabkan untuk membentuk kerajaan," ujar kenyataan pejabat presiden.

Menteri Pendidikan itu dijangka membawa perubahan besar kepada pejabat Perdana Menteri selepas Borne menjadi wanita kedua memimpin Perancis. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!