Inovasi teknologi HUAWEI bantu penuhi keperluan pengguna
INOVASI yang dibawa oleh HUAWEI Teknologi Sdn Bhd (HUAWEI Malaysia) menerusi empat produk terbaru adalah bagi membantu memenuhi keperluan pengguna dengan gaya urbanisasi terkini.
Antara produk terbaru itu adalah, HUAWEI MatePad Pro 13.2”, HUAWEI MateBook D 16 bersama HUAWEI FreeClip dan juga HUAWEI Watch GT 4 Light Gold.
Pengurus Kanan Pemasaran dan Perniagaan HUAWEI cawangan Malaysia, Felicia Choong berkata, inovasi tersebut membantu memberi meningkatkan produktiviti dalam pelaksanakan pelbagai tugas dan mencipta daya kreativiti manusia.
Menurutnya, produk HUAWEI MatePad Pro 13.2” memiliki peranti dengan ciri-ciri skrin OLED yang lebih fleksibel dan sistem audio terbaru bagi berinteraksi lebih mudah.
“MatePad Pro 13.2” tampil dengan dua warna iaitu hitam keemasan dan hijau dengan paparan skrin lebih luas bersaiz 13 inci yang paling nipis dan ringan dalam industri selain beratnya hanya 580 gram sahaja.
“Pengguna boleh mendapatkan produk ini dengan pra tempah bermula 9 Januari sehingga 25 Januari 2024 dengan harga bermula RM4,599 hingga RM4,999.
“Menerusi pembelian tersebut mereka berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai RM3,145 termasuk papan kekunci magnetik, HUAWEI M-Pencil, HUAWEI Frebuds Pro 2 dan juga HUAWEI Sounds Joy,” katanya dalam Majlis Pelancaran HUAWEI Innovative Product: Creation of Beauty di Menara Exchange 106 Tun Razak Exchange (TRX), di sini pada Selasa.
Sementara itu, menurut Felicia, produk HUAWEI MateBook D 16 generasi ke-13 merupakan inovasi terbaru dengan menyediakan sistem pemprosesan pantas menggunakan teknologi siri H Intel Core i9.
Jelasnya, dengan menampilkan skrin besar berukuran 16 inci dengan ciri-ciri mudah alih dan ringan akan menjadi pilihan utama pembeli.
Ulas beliau, pengguna boleh mendapatkan produk tersebut dengan harga bermula RM3,699 sehingga RM5,299 bagi generasi ke-13 dan pra tempah boleh dibuat bermula 9 Januari sehingga 2 Februari 2024.
“Bagi produk HUAWEI MateBook D 16 generasi ke-12 Intel Core i5 boleh didapati dengan harga bermula RM2,899 sehingga RM3,199.
“Penggunaan Super Device membolehkan pengguna memanfaatkan kelajuan memproses peranti dengan pantas bagi meningkatkan produktiviti yang cekap.
“Keserasian komputer riba dengan tablet memberikan pengalaman yang cepat dan mudah selain ia menyusun serta menyimpan fail, teks, imej serta video dengan lebih sistematik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Felicia berkata, HUAWEI turut menampilkan produk FreeClip dengan teknologi audio yang lebih terbuka bagi memenuhi pilihan pengguna sama ada untuk bersukan, kegunaan korporat mahupun bersantai.
Menurutnya, menerusi inspirasi seni Baroque, produk tersebut turut menampilkan bentuk lengkungan telinga yang lebih dikenali sebagai ‘comfort bean’ iaitu berdasarkan prinsip ergonomik.
Ujarnya, dengan penggunaan bola akustik, ia membantu memberi keselesaan selain selamat dan mengikat fon telinga tanpa menyebabkan ketegangan pada kulit serta rawan telinga.
“Pembeli boleh mendapatkan HUAWEI FreeClip dengan harga RM899 dan terdapat pilihan dua warna iaitu ungu serta hitam selain boleh mendapatkan secara terus tanpa membuat sebarang pra tempahan,” katanya.
Walau bagaimanapun, menurut Felicia, mereka juga menampilkan HUAWEI Watch GT 4 Light Gold yang boleh dibuat pra tempahan dengan harga RM1,299 bermula 9 Januari sehingga 1 Februari 2024.
“Pelanggan berpeluang mendapatkan hadiah percuma bernilai RM516 termasuk HUAWEI FreeBuds SE, HUAWEI EasyFit Fluoroelastomer Strap dan satu tahun jaminan lanjutan,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!