Rosyam Nor minta maaf

Rosyam - Foto Bernama
Rosyam - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas dikecam hebat susulan cadangan mewujudkan pusat pelacuran untuk warga asing, pelakon popular, Datuk Rosyam Nor tampil membuat permohonan maaf.

Rosyam atau nama sebenar Mohamed Noor Shamsuddin, 57, berkata, beliau tidak menyangka video berkenaan menjadi tular sehingga menimbulkan kekecohan.

Menurutnya, rakaman yang tersebar itu sebenarnya video promo untuk program podcast terbitan sebuah saluran di YouTube.

“Alamak, kecoh satu dua hari ini pasal rumah pelacuran yang kononnya aku buat kenyataan.

“Apa-apa hal, aku mohon maaf dahulu. Aku tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar.

“Sebenarnya, itu (video tular) adalah promo untuk program podcast aku di Suhan Channel yang bertajuk ‘Otak Porno’ dan ia adalah perbincangan,” katanya menerusi satu hantaran video di laman sosial, Instagram pada Selasa.

Justeru, Rosyam menyeru kepada orang ramai untuk menonton keseluruhan rakaman podcast tersebut tentang perkara yang dibincangkan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!