Jangan jemu bela nasib rakyat Palestin!

Umat Islam dan majoriti masyarakat dunia tak jemu-jemu membela penderitaan rakyat Palestin melalui siri demonstrasi, bantahan dan perhimpunan aman. Foto AFP
Umat Islam dan majoriti masyarakat dunia tak jemu-jemu membela penderitaan rakyat Palestin melalui siri demonstrasi, bantahan dan perhimpunan aman. Foto AFP
A
A
A

TIGA bulan sudah berlalu, perang Hamas-Zionis di Gaza boleh dianggap sebagai konflik berdarah paling dahsyat dalam sejarah perang moden masih tidak selesai.

Rejim Israel terus mengganas tanpa henti dengan siri pengeboman ke atas penempatan awam, hospital dan kemudahan-kemudahan lain di Gaza dan Tebing Barat. Jumlah kematian orang awam melebihi angka 20,000 orang, majoritinya kanak-kanak dan wanita.

Walaupun kuasa-kuasa besar barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman dan Perancis terus menutup mata dan menghalalkan episod pembunuhan itu, rakyat mereka tidak pernah penat atau jemu menuntut pembelaan dan menggesa gencatan senjata dilakukan di Palestin.

Setiap kali mengikuti perkembangan semasa Gaza menerusi televisyen dan media sosial, Merak Jalanan rasa sebak dan geram.

Sebak kerana saban hari ada sahaja ratusan nyawa rakyat Palestin yang menjadi korban; geram sebab kebanyakan pemimpin dunia terutama negara Arab masih tak mampu buat apa-apa untuk hentikan kezaliman atas rakyat Palestin.

Dalam masa sama, Merak Jalanan salute kepada seluruh rakyat Palestin yang mempunyai semangat kental serta keteguhan iman mereka tak pernah goyah walaupun ALLAH memberikan ujian dahsyat itu.

Merak Jalanan juga bangga kerana umat Islam dan majoriti masyarakat dunia tak jemu-jemu membela penderitaan rakyat Palestin itu melalui siri demonstrasi, bantahan dan perhimpunan aman.

Merak Jalanan berharap, umat Islam dan rakyat Malaysia terus bersemangat untuk menyokong penduduk Palestin yang ditindas mengikut kemampuan dan cara tersendiri.

Artikel Berkaitan:

Biarpun sekadar membuat hantaran atau repost kandungan-kandungan berkaitan konflik di Palestin ke dalam platform media sosial, sekurang-kurangnya menunjukkan kita juga tak letih berjuang untuk saudara seagama kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!