Isteri, anak Tun Daim ke SPRM pagi ini

Isteri dan anak Tun Daim dipanggil hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan pagi ini.
Isteri dan anak Tun Daim dipanggil hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan pagi ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Isteri dan anak kepada tokoh konglomerat terkenal, Tun Daim Zainuddin dipanggil hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan pagi ini.

Peguam, N Rajesh yang mewakili keluarga itu mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, kami akan berada di sana sekitar jam 10.30 pagi untuk beri keterangan," katanya kepada The Star.

Selasa lepas, empat individu berkaitan dengan Daim turut dipanggil memberi keterangan.

Pada 22 Disember lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada muslihat, niat jahat, pilih kasih atau menyebelahi mana-mana pihak dalam tindakan SPRM menyita bangunan Menara Ilham milik keluarga Daim.

Sementara SPRM pada 30 Disember, mengesahkan bekas Menteri Kewangan itu disiasat berdasarkan maklumat Kertas Pandora sejak Februari 2023.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!