Kediaman, kereta milik Ngeh Koo Ham terbakar

Kebakaran mengakibatkan sebuah kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus, manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran. Foto Bomba Perak
Kebakaran mengakibatkan sebuah kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus, manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran. Foto Bomba Perak
A
A
A

MANJUNG - Kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya di Ayer Tawar dekat sini terbakar pada awal pagi Rabu.

Kejadian sekitar jam 3 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan garaj kereta di bahagian depan rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Mohd Zaki Mokhtarmin berkata, ketika kejadian, wakil rakyat DAP itu dan isteri berada di rumah berkenaan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, kebakaran telah mengakibatkan sebuah kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus, manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran.

Anggota bomba melakukan pemadaman api menggunakan air dan 'foam' sebelum kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi.
Anggota bomba melakukan pemadaman api menggunakan air dan 'foam' sebelum kebakaran berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi.

"Bomba menerima panggilan pada jam 3.05 pagi dan menghantar tujuh anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.

"Anggota kemudiannya melakukan pemadaman api menggunakan air dan 'foam', kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.44 pagi.

Artikel Berkaitan:


Kejadian sekitar jam 3 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan garaj kereta di bahagian depan rumah.
Kejadian sekitar jam 3 pagi itu bagaimanapun hanya melibatkan garaj kereta di bahagian depan rumah.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak telah membuat laporan mengenai perkara itu di Balai Polis Ayer Tawar dan akan mengadakan satu sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Ayer Tawar tengah hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!